Judul buku : Menjemput Bidadari
Nama pengarang : Nurul F. Huda
Bil. muka surat : 166
Tahun terbitan : 2012
ISBN : 9789670585307
Sumber : Pusat Sumber Al-Farabi,Sekolah Menengah Agama Mahmudiah.
Kenyataan hidup sebagai penderita Azzospermia menjadikan dirinya berasa seperti lelaki yang sangat ego bila harus mengubur impian isteri yang sangat disayangi,untuk menjalani fitrah keibuan.Meskipun berat ia berfikir untuk mengakhiri pernikahannya.Maka,hari-hari seterusnya,dia lebih melihat seorang sufi pada diri suaminya.
Dalam kekhusyukan inilah suaminya memohon bimbingan Allah SWT untuk sebuah rencana besar dalam benaknya... Lalu,adakah rencana besar itu berakhir bahagia bagi mereka? Temukan jawapannya dan selami hikmah dalam persembahan novel ini.
Judul Buku : Dari Lubuk Hati Ibu
Nama Pengarang : Norhafizah Musa & Wan Nor Ainon Wan Abdullah
Bil. Muka Surat : 208
Tahun terbitan : 2011
ISBN : 9789673880409
Sumber : Pusat Sumber Al-Farabi,Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
Buku Dari Lubuk Hati Ibu ini adalah luahan harapan dan nasihat daripada seorang ibu buat si buah hati yang tersayang.Para ibu dan ayah,bacalah buku ini terlebih dahulu sebelum menghadiahkannya kepada anak-anak.Kita ialah insan yang paling utama untuk menghayati segala kandungan yang terdapat di dalam buku ini.Hayatilah luahan ini.Semoga akan lahir aura dari diri kalian yang akan mengalir ke sanubari anak-anak kita.
Buat anak-anak yang menatap buku ini,anggaplah ia sebagai hadiah daripada ibu bapa kalian.Luahan yang barangkali tidak terluah dengan sempurna... tetapi inilah yang selalu terzahir pada leteran dan bebelan ibu dan ayah di rumah,bukan?
Judul Buku : Tamparan Parah Bagi Yang Malas Solat
Nama Pengarang : M. Shafie Mohamad Fuad
Bil. Muka Surat : 175
Tahun terbitan : 2013
ISBN : 9789674282561
Sumber : Pusat Sumber Al-Farabi,Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
Orang yang melakukan solat tetapi lalai (tidak memahami makna atau kualiti dari solatnya),itu saja mendapat peringatan keras akan dimasukkan ke dalam neraka.Lantas,bagaimana dengan mereka yang langsung tidak melakukannya kerana malas? Sungguh,dia termasuk penghuni abadi Neraka Saqar.
Apakah ancaman Allah SWT bagi mereka yang malas solat? Jawapannya akan anda temukan dalam buku ini.Segala ilmu yang disampaikan dalam buku ini diharapkan akan dapat menjadi bahan renungan (peringatan) bagi anda yang tidak melaksanakan solat kerana malas.
Untuk itu,semoga kehadiran buku ini dapat menjadi panduan bagi anda dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kapada Allah SWT dan menjadi inspirasi anda agar lebih giat dan rajin lagi dalam melaksanaan solat.
Judul buku : Api Di Pulau
Nama pengarang : Hashim Latiff
Bil. muka surat : 162
Tahun terbitan : 2008
ISBN : 9789830557694
Sumber : Pusat Sumber Sekolah Al-Farabi,Sekolah Menenggah Agama
"Kenapa tidak jawab telefon itu?" soal Jero.
"Biarkan," jawab Benjo.
"Benjo,Jangan-jangan..."
"Harimau kumbang itu dah bising," kata Benjo.
"Jawab panggilan itu," kata Jero lagi.
Dum ! Tiba-tiba satu letupan kuat kedengaran di tepi jalan menuju ke hilir.
"Letupan apa itu Benjo?" tanya Jero.
"Entahlah Jero," kata Benjo.
"Jangan-jangan pihak Polis sudah tahu dengan kegiatan kita tak?" sangka Jero.
"Entahlah," jawab Benjo. Resah.
"Belah ! " laung Jero.
Benjo dengan Jero terus berlari menuju ke sungai. Dum ! Satu lagi letupan kedengaran di udara.Siapakah yang menembak?
Sila ikuti kesudahannya di dalam novel ini yang sungguh mendebarkan dan begitu banyak pengajaran.
Judul buku : Disumpah Ibu (Si Tanggang)
Nama pengarang : Amril Shah
Bil. muka surat : 151
Tahun terbitan : 2005
INSB : 9789679414738
Sumber : Pusat Sumber Al-Farabi,Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
Sinopsis
Tanggang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin.Kehidupannya serba kekurangan kerana pekerjaan ibu bapanya hanya menangkap ikan dan mencari lokan.Ibu bapanya mengharapkan Tanggang untuk menjadi seorang anak yang baik dan dapat membanggakan mereka.Mereka berharap anaknya nanti akan menjadi seorang yang terkenal dan dihormati oleh orang lain.Apabila Tanggang dewasa,Tangang menjadi seorang yang baik dan sentiasa mendengar nasihat orang tuanya.Pada suatu hari,Tanggang ingin merubah nasib keluarganya.Setelah difikir-fikir,Tanggang ingin merantau.Pada awalnya,ibu bapanya kurang bersetuju.Namun,setelah dipujuk oleh Tanggang,akhirnya mereka bersetuju.Semasa Tanggang sedang berhijrah,dia ternampak sebuah kapal yang berhenti berehat di pelabuhan.Dia pun segera meminta kebenaran daripada ketua kapal itu.Pada awalnya,ketua kapal itu curiga dengan Tanggang.Namun,setelah diuji,akhirnya ketua kapal bersetuju.Setelah beberapa hari bekerja dengan nakhoda,akhirnya,nakhoda menyuruh agar Tanggang menikahi puterinya,Qasidah.Mula-mula,Tanggang tidak bersetuju.Namun,setelah difikir-fikirkan,Tanggang bersetuju untuk menikahi Qasidah.Dia berfikir,jika dia menikahi Qasidah,dia akan menjadi kaya dan semua impiannya akan tercapai.Setelah Tanggang dan Qasidah menikah,mereka pergi belayar untuk menjual barang dagangan.Tiba pada satu tempat,Tanggang berasa pernah melihat pemandangan itu.' Mungkinkah itu kampung halamannya,' fikir Tanggang.Pada mulanya,Tanggang ingin menemui ibunya.Namun,setelah difikir-fikirkan,dia berasa malu terhadap isterinya apabila mengenangkan ibunya merupakan seorang yang miskin.Berita Tanggang pulang ke kampung telah tersebar di telinga ibunya.Ibunya pergi menemui Tanggang.Namun,Tanggang tidak mengaku itu ibunya.Dia berkata yang ibunya telah meninggal.Ibunya berasa kecewa lalu menyumpah Tanggang menjadi batu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan